Nukleus sel

Dalam bidang biologi, nukleus merupakan suatu bahagian yang terdapat di dalam sesebuah sel. Nukleus merupakan organel berbentuk sfera atau bujur dan dikelilingi oleh membran nukleus. Di dalamnya mengandungi nukleolus dan nekloplasma yang mengandungi kromosom. Fungsi nukleus ialah untuk mengawal sebarang aktiviti sel. Oleh itu, nukleus boleh dianggap sebagai pusat kawalan sel.